Archive | November, 2013

My Beijing Trip Part 1

19 Nov

Assalamualaikum…

looks like it has been ages since the last time i post entry bout my exciting experience…I been a bit busy with conference, research and fellow’s work… Since the beginning of the new semester starts until yesterday. I took one day off today to release my stress over my precious loss…until now…i still can broke into tears when thinking about it.. 😦 Enough of the sad memory… Now, lets read my experience while i’m in Beijing….. bittersweet i guess…

The journey…

Hubby sent me to the airport (KLIA) before 9.oo pm on 12th Nov.. How I miss him badly…a short date with him on that day after three days of outstation… We went shopping at Mid Valley in the morning and surprisingly met my Beijing group, MKS students there doin some shopping too..we went home in the evening and spent our precious time together before we are seperated again..HUHUHU..hate it…wondering…when will i meet him again…..

1.30am 13 Nov 2013,

Berlepas ke Beijing…Hell yeah I love MAS…very comfortable…walaupun dapat economy class..still remember naik first class on trip to United State with family…a very long distance trip which took about 18 hours to reach Los Angelas..That was a very long time ago…Trip KL to Beijing took about 6 hours only. During the flight, we have to fill in form..

1

Habis isi, borak2 with my freinds Maeq Chai…..then eat sandwich then watch movies..I watch men of steel…then fall asleep few minutes later…when i woke up, the pramugari said “u want Nasi lemak or noodle with chicken?? huhu lena betul tdo..maklumlah..memang waktu tido pun..pastu sambil makan, pasang semula cerita man of steel lagi..i think ceritanya agak bosan..then i bukak tgk maklumat pasal flight kami (mcm dlm pict kat bawah nie).. screen which is located right in front of me..iaitu di belakang seat depan..ce tgk temperature….huhu..bila sentuh tingkap..memang sejukkkkk…

Screen

Sampai je airport kat Beijing…fuhhh memang sejuk… tu dlm bangunan..when we almost reach the door, kesejukan makin terasa…we all are adviced to wear jacket…apa lagi…masing2 buka beg pakai jaket…Kejakunan bermula apabila mereka-mereka semua start buat buat hembus asap rokok…hehehe..

3

Gambar from my view in my seat dlm bas…nampak banyak lagi daun hijau which mean…takkan jumpa salji la jawabnya… i really hope for the snow to fall but…takde rezeki..rindu main snow walaupun sejuk n menyakitkan…hehe..b4 i 4got.., pemandu pelancong kami is Anwar..he is a chinese berlagak muslim sebab pkai nama anwar.. bkn muslim pun dia and anwar is his fake name for us to call him easily tanpa berbelit2 lidah..i only notice when i saw him drink beer..hehe…lambat tul saya nie..

First stop was at Summer Palace…

Summer palace or also known as Istana musim panas was built in 1750 for Maharani Dowager Ci Xi dan gundik-gundik anakandanya, Maharaja Tongzhi ketika musim panas.Maharani Dowager known as seorang yang kuku besi dan hampir mengawal pemerintahan anaknya, sehinggalah setiap kali membuat keputusan dia akan sentiasa berada di belakang Maharaja untuk memastikan dia dapat mengawal segala perjalanan istana.

During those days, seorang perempuan tidak boleh menjadi raja untuk negara China, maka Maharani ini mengawal negara melalui anakandanya. Ada orang cakap, setiap kali Maharaja membuat sesuatu keputusan yang tidak dipersetujui oleh Maharani ini, dia akan berdehem menandakan si Maharani kuku besi itu mahukan anakandanya menukar keputusan. Maharani Dowager Ci Xi telah mengubahsuai dan mencantikkan Summer Palace berhabis-habisan sehinggalah ketika serangan kerajaan Manchu berlaku, mereka tidak dapat membeli senjata yang banyak kerana wang banyak dihabiskan untuk istana musim panas tersebut.Summer Palace berkeluasan 2.9 kilometer persegi, di mana tiga suku daripadanya adalah tasik yang dipanggil Kunming Lake.

Hmmm… menarik juga dapat melihat sendiri bukti-bukti kewujudan sejarah yang kita baca dalam buku teks Sejarah Peradaban Dunia. Kan? Want to know more?? bacalah  Wikipedia..hehe

Summer Palace

Lepas lawat Summer palace, we went to silk center… my mum pesan da jgn beli silk…so , i tak beli….lg pun coraknya tak menarik minat…if ada corak abstract memang da beli walauun dinasihatkn utk tidak membeli.yes..i ada sedikut keras kepala..thihii..the price aagak mahal jika dibandgkan dgn china silk yg pernah dijual di Giant KT suatu ketika dulu…da siap jahit da pun…baru RM70…tp..taktau la sama ada its real or not..tp coraknya….agak mengecewakan la..mcm seswai buat baju tido kain licin yg banyak dijual di pasar2 malam..hehehe..jgn marah..huhu

After that kami p melawat Peking Uiversity. FYI, Peking Uni is the number 1 /top uni in Beijing…betuah la kami dapat melawat uni tu… 🙂 sempat lagi kami bergambar with Peking’s student..:)

6

Later, we went for lunch…Food dsini not bad la for me since i’m a veggie lover..but to those who dont really like veggie memang starving la….lauk agak kurang sangat2…datang je makanan baru..sayur…dtg lagi makanan baru sayur juga…kemana perginya menu kambing seperti yang digembar gembur oleh mama…??? huhu..mgkin tu pakej mahal kot…or kambing pupus da kat beijing…wakakaka.. :p

After makan…we all dibawa ke kilang charcoal…saya rasa tak menarik langsung.. tempat buruk gila….kotor plak tu…semua peserta dipaksa mendengar amoi or salesgirl bumbangbumbang..dok pehe langsung gapo dia kecek,,English pronunciationnya hancur….asyik duk silap paham je apa yg disampaikan.. seperti biasa..tujuannya nak promote barang dia…..itemnya mahal…semua item kat situ boleh dibeli kat Malaysia dengan harga jauh lebih rendah..so, i nasihakan agar korang tak membeli apa2 barang kat situ ok.. 🙂 peace no war.. FYI, sy makan ubat charcoal bila cirit or banyak gas dlm perut..murah pun murah cuz memang tugas charcoal menyerap kotoran/toksin dlm bdn dll…hehe.. memang berkesan..kat watson hanya RM4.80 je sepapan.. so tak heran pun dgn charcoal dia yg dapat menjernihkan air yg asalnya biru tu..hehehe..nampak mcm tak jernih sgt pun..masih biru…kecek bual sungguh amoi nie…hehe. but still…ramai juga yg membeli disitu..i’m saving my money utk shopping kat market nanti..hehe..

After Charcoal, kami dibawa ke tempat untuk tonton acrobatic show…since the time is still early, kami diberi kebebasan utk merayau rayau di kawasan sekitar…apa lg..brlakon jd model la kjap…gmbar bnyak dengan member…yg ada dlm cam sediri xbnyak..here r one of the pict…vendor machine utk pinjam buku..kat Malaysia takda nie…hehe

7

Around 5.30pm..acrobatic magic show start..boleh tahan la kefleksibelan bdak2 tu..bdak2 laki dapat cuci mata la kot..hehe…we all got  front row seat..so apa2 je mesti derang pegi dekat penonton seat depan sampai i da jd bahan lawak da…ye la…tak faham apa yg dia suh wat..apa lagi…syok la si Encik Luqman Abu Bakar ketawakan saya..hampeh.. Kata our tourist guide, pesembahan yg we all tgk tak berapa menarik sangat ..meby cuz of penonton takde…ye laaa… 2 group je yg tengok…lebih kurang 3 row je penonton..apa2 pun, we all njoy da show yg tak seberapa itu..hehe After acobatic show, e all dibawa ke restoran makan malam for dinner..and again..veggie……yay…dlm hati…kurus la aku nanti…yay…i makan veggie macam mkn ayam sampai kawan yg tak makan veggie pun jadi macam nak makan..hehe…well…i’am wellknown for that…thihihihi..

OK, after dinner baru la dibawa ke hotel n check in..Masa tu sangat ingat pesan hubby iaitu, pinjam traveler adapter dgn hotel je…hotel ada..takyah sibuk beli2..hehe..so apa lg..i pinjam la..n memang dapat pun..tp macam saya sorang je yg pinjam hehe..lpas check in, i buat apa2 yg patut.. then kami turun semula utk jalan2 sekitar hotel..ada shopping mall berhampiran..I shine city nama mall tu..so, kami jalan-jalan n lepak situ sampai lenguh kaki… pulang je ke hotel, terus mandi2 sambil berwayang kulit, air panas..so no hal la bab2 mandi walaupun temperature agak rendah..  then, i prepare stuff  like my baju, seluar dll for tomorrow.then solat siap2..baring….then tdo…ZZZZzzzzzzz… what a tiring day……. to b continue for Day 2 and so on in Beijing Part 2

Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013

6 Nov

Pendahuluan

Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013 telah diadakan selama 5 hari 4 malam bermula 1-5 November 2013. Program ini telah disertai oleh 100 orang peserta dari tujuh (7) IPTA dari seluruh Malaysia, pengiring-pengiring IPTA, Felo Kolej Siswa serta kakitangan Kolej Siswa. Keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan bantuan pihak Itqan Partners Training & Concultancy sebagai konsultan jemputan dan mendapat kerjasama dari beberapa agensi luar seperti NGO Pertubuhan Persahabatan Malaysia (SAHABAT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, SK Tok Jembal, SK Kompleks Mengabang Telipot, SK Komplek Seberang Takir, SMK Mengabang Telipot, SMK Komplek Seberang Takir, Tadika Kemas dan Taska Permata Keluarga.

Hari Pertama (1 November 2013) 

Pendaftaran peserta berlangsung di lobi Scout Inn Resort Pantai Teluk Ketapang bermula jam 12.30 tengah hari. Selepas itu pada jam 3.00 petang, peserta bergerak ke Dewan Tertutup Scout Inn Resort untuk sesi Latihan dalam kumpulan (LDK). Sesi  ini diketuai oleh saudari S. Balqis C. Othman selaku ketua fasilitator dan dibantu oleh para fasilitator lain yang terdiri daripada Felo Kolej Siswa dan Majlis Kolej Siswa yang terpilih. Melalui sesi ini,  beberapa aktiviti LDK telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Sebanyak sepuluh buah kumpulan telah dibentuk. Antara aktiviti LDK yang dijalankan adalah  aktiviti Ice Breaking, , Waja Dalam Diri, Kad Pintar, Kumpulanku dan Tak Kenal Tak Cinta Aktiviti LDK tamat pada jam 5.00 petang. Peseta diberi rehat selama 30 minit untuk menikmati minum petang. Tepat jam 5.30 petang, peserta berkumpul di dewan terbuka untuk menjalankan aktiviti orieenteering. Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan berfikir. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta, klu dan arahan yang diberikan. Aspek kekuatan mental merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Aktiviti orieenteering tamat tepat jam 6.45 petang. Peserta seterusnya diberi taklimat berkenaan majlis perasmian dan makan malam yang akan berlangsung di TH Hotel and Convention Center Kuala Terengganu. Setelah selesai solat maghrib, peserta berkumpul di dewan terbuka pada jam 7.45 malam dan bergerak ke TH Hotel and Convention Center Kuala Terengganu untuk mengikuti Majlis Perasmian dan Makan Malam. Tepat jam 8.45 malam majlis dimulai dengan nyanyian lagu NegaraKu dan UMT Cita Warisan. Prof. Dr. Nik Hashim b. Nik Mustapha mewakili pihak Kolej Siswa menyampaikan ucapan alu-aluan. Ucapan perasmian pula disampaikan oleh Y.B Encik Ghazali Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Selepas majlis tamat, satu sidang media diadakan dan seterusnya sesi bergambar bersama-sama peserta program dijalankan. Pada jam 11.00 mlm, peserta berkumpul semula di dewan tertutup Scout Inn Resort untuk taklimat berkenaan aktiviti hari berikutnya dan juga peraturan tata tertib sepanjang karnival berlangsung. Setelah aktiviti pada hari tersebut telah tamat, mesyuarat post-mortem diantara urusetia dijalankan untuk membincangkan kejayaan dan kelemahan program-program yang dijalankan pada hari tersebut.

Dinner allKKSK

Majlis Perasmian Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013

Hari Kedua (2 November 2013)

Hari dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah. Tepat jam 6.30 pagi, peserta berkumpul di Dewan Terbuka Scout Inn Resort untuk senaman erobik. Senaman tersebut diketuai oleh saudara Haziq dan beberapa orang fasilitator. Setelah senaman pagi selesai, peserta seterusnya dihidangkan sarapan di kafetaria. Setelah selesai sarapan, peserta berkumpul di Dewan Tertutup pada jam 8.30 pagi untuk sesi taklimat keseluruhan program, taklimat program IMPAK dan aktiviti LDK. Aktiviti LDK pada hari tersebut adalah lebih kepada pembentukan organisasi kumpulan seterusnya mencipta logo, membina identiti kumpulan beserta visi dan misi. Cabutan undi untuk program IMPAK juga telah dijalankan agar peserta boleh bersedia dan mengaplikasikan modul-modul yang akan diajar pada slot yang berikutnya iaiti Modul 1 dan 2. Setelah aktiviti selesai, peserta dihidangkan dengan minum pagi. Pada jam 10.30 pagi, sesi di ambil alih oleh pihak konsultan iaitu Itqan Partners and Consultancies. Pada hari kedua karnival, pihak konsultan telah mengambil 3 slot pada iaitu Modul 1 pada jam 10.30 pagi, Modul 2 pada jam 2.00 petang dan LDK pada jam 8.30 malam. Modul 1 merupakan Bengkel yang mendedahkan peserta dengan Pengurusan Program  Profesional. Bengkel tersebut menekankan beberapa aspek penting dalam pengendalian program bermula dengan penyediaan kertas kerja yang berkualiti seterusnya mendidik peserta untuk menjadi seorang fasilitator yang berkesan dan profesional, dan juga mengkaji sasaran peserta apabila membuat sesuatu pogram. Modul kedua juga merupakan sebuah bengkel iaitu Bengkel Pengurusan Modul. Bengkel ini menekankan modul-modul dan aktiviti yang sesuai dijalankan dalam mengadakan/mengendalikan sesebuah program/majlis yang telah diajarkan pada modul 1. Peserta  telah didedahkan dengan beberapa jenis modul berdasarkan sasaran peserta mengikut peringkat dan umur. Peserta juga telah diajar bagaimana untuk membuat energizer untuk menghidukan aktiviti yang dijalankan untuk sesuatu program. Peserta juga dididik agar aktiviti yang hendak dibuat perlulah berkualiti dan berimpak tinggi dimana ia akan memberi kesan dan mampu merubah peserta sasaran agar objektif yang diwujudkan itu tercapai dengan jayanya. Setelah tamat kedua-dua modul yang juga lebih kepada teori, peserta seterusnya dikehendaki merangka sebuah pengurusan majlis yang dicadangkan berdasarkan objektif dan target (MBO dan MBT). Bengkel kemudian ditangguh pada jam 4.30 petang untuk solat Asar dan sukan ekstrim. Sukan ekstrim yang dijalankan adalah merentas halangan. Melalui aktiviti ini, daya ketahanan peserta dapat diuji melalui aktiviti lasak yang telah disediakan. Selepas makan malam, sesi diteruskan dengan LDK 3 yang diketuai oleh pihak konsultan yang sama. LDK 3 merupakan kesinambungan perbincangan pengurusan program berdasarkan objektf dan target. Program yang dirancang oleh peserta pula adalah berdasarkan cabutan undi tempat-tempat untuk mengadakan program IMPAK pada 4 November 2013. Setelah selesai, setiap kumpulan membentang hasil perbincangan mereka dihadapan peserta. Pihak konsultan dan fasilitator ditugaskan untuk menilai hasil perbincangan/pebentangan para peserta. Setelah selesai, peserta dihidangkan dengan minum malam dan dikehendaki bersurai. Tepat jam 12.30 tgh malam, peserta telah dipanggil semula secara mengejut untuk menjalani aktiviti Nightwalk. Aktiviti ini berakhir pada jam 3.00 pagi.

Sesi LDKPerbentangan kumpulan (Sesi LDK)

Hari Ketiga (3 November 2013)

Hari dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah. Tepat jam 6.30 pagi, peserta berkumpul di Dewan Terbuka Scout Inn Resort untuk senaman erobik. Senaman pada hari tersebut diketuai oleh Puan Isrina Mohamad Saleh dan beberapa orang fasilitator. Setelah senaman pagi selesai, peserta seterusnya dihidangkan sarapan di kafetaria. Setelah selesai sarapan, peserta berkumpul di Dewan Tertutup pada jam 8.30 pagi untuk aktiviti merancang IMPAK. Dalam slot ini, peserta bersama kumpulan masing-masing akan melakukan perancangan untuk aktiviti yang akan dilakukan keesokan harinya di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Jadual 1 menunjukkan senarai nama kumpulan beserta tempat pelaksanaan program IMPAK yang telah mereka perolehi melalui cabutan undi yang dilakukan pada hari kedua karnival.

Jadual 1:  Senarai nama kumpulan dan tempat pelaksanaan Program IMPAK

Bil Nama Kumpulan Tempat pelaksanaan IMPAK
1 PM Sek. Keb. Gong Badak
2 Amino Dinamik Pasar paying Kuala Terengganu
3 Foxtrot Sek. Men Kompleks Seberang Takir
4 Team Luar Biasa Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
5 Formidable Taska Permata Keluarga
6 Infiniti Sek. Men. Keb. Kompleks Gong Badak
7 Eagle eyes Sek .Keb. Tok Jembal
8 Legionnaire Tadika Kemas Seberang Takir
9 Extranergy Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir
10 Spurhelix Sek. Men. Keb.  Mengabang Telipot

IMPAK adalah sebuah singkatan yang berasal dari perkataan Implmentasi Kepimpinan. Program IMPAK ini merupakan hasil cetusan idea Ahli Jawatankuasa tertinggi karnival ini. Program IMPAK merupakan program kemuncak sempena Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013. Setelah 10 kumpulan dibentuk secara rawak pada hari pertama, ketua kumpulan seterusnya perlu mencabut undi untuk mendapatkan tempat pelaksanaan program IMPAK mereka. Setelah berbengkel selama sehari pada hari kedua karnival, peserta seterusnya dikehendaki merancang program mereka pada hari ketiga. Pada hari tersebut juga, bendahari setiap kumpulan bersama seorang saksi akan menandatangani perakuan penerimaan wang tunai seterusnya menerima wang tunai berjumlah RM300.00 untuk mengadakan pembelian barang keperluan aktiviti mengikut belanjawan yang dirancang didalam kertas kerja masing-masing. Setiap kumpulan akan menghantar dua orang wakil untuk membuat pembelian barang-barang keperluan aktiviti. Aktiviti pembelian hanya diadakan pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Pada jam 3.30 petang, peserta yang tidak terlibat dengan pengurusan pembelian  dikehendaki membentangan perancangan aktiviti IMPAK masing-masing dan komen diberikan oleh pihak konsultan untuk memurnikan lagi aktiviti yang bakal dijalankan. Sesi tamat pada jam 5.00 petang dan peserta seterusnya dihidangkan dengan minum petang. Setelah selesai, peserta seterusnya dikehendaki berpakaian sukan untuk aktiviti sukan pada jam 5.30 petang. Aktiviti sukan pada hari tersebut adalah paint ball dan memanah. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap setiap kumpulan telah menjalankan kedua-dua aktiviti dengan jayanya. Setelah selesai, peserta dijamu makan malam dan seterusnya diberi rehat untuk membuat pesiapan diri untuk solat maghrib da Isyak secara berjemaah. Selepas selesai solat Isyak, sesi perbincangan dan pembentangan diteruskan. Kali ini peserta perlu melakukan demonstrasi aktiviti yang bakal dijalankan dan pihak konsultan memberi komen untuk penambahbaikan. Sesi tamat pada jam 12.00 tengah malam. Peserta seterusnya bebas menggunakan dewan untuk pesiapan akhir mereka dengan pantauan fasilitator. Aktiviti pada hari tersebut selesai sepenuhnya pada jam 3.00 pagi.

Target Shooting

Target Shooting

LDK 1

Merancang IMPAK 1

LDK 2

Merancang IMPAK 2

SOLUSI

Solusi

juri solusi

Juri Solusi

Hari Keempat (4 November 2013)

Hari dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah. Tepat jam 7.30 pagi, peserta berkumpul di untuk sarapan. Tepat jam 8.00 pagi, setiap peserta berkumpul mengikut kumpulan seterusnya menaiki bas UMT mengikut laluan bas yang telah disusun oleh Cik Amalina selaku ahlijawatankuasa pengangkutan sempena karnival ini. Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang felo sebagai pegawai pengiring ke lokasi IMPAK. Senarai pegawai pengiring berdasarkan lokasi IMPAK boleh dirujuk di Jadual 2. Pada jam 8.30 hingga 9.00 pagi, peserta dilaporkan telah tiba ke destinasi masing-masing. Peserta seterusnya akan membuat persiapan tempat program masing-masing sehingga jam 10.00. Atucara program yang dirancang dimulakan pada jam 10.00 pagi. Untuk penilaian program yang dijalankan, seramai sepuluh orang juri dilantik dikalangan kakitangan kolej siswa. Setiap juri akan ke lokasi masing-masing untuk membuat penilaian program IMPAK. Antara juri-juri yang dilantik ialah Puan Wan Nusrahizwah Wan Awang, Puan Nur Akmal Hakim Eya, Puan Masitoh Mokhtar, Puan Rosnita Abd Rahim, Cik Nurmaisarah, Cik Siti Rabiatul Adawiah,  Cik Zaizulhizma Saleh, Cik Minilisa Che Mat, En. Fadhli Hamzah, En. Wan Adzmani Wan Othman dan En. Nadzrin Abdullah. Selain itu, pengiring-pengiring universti juga dijemput untuk menjadi juri undangan ke lokasi-lokasi yang terpilih.

Jadual 2 : Senarai pegawai pengiring yang mewakili pihak UMT ke program IMPAK sempena Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013.

Bil Nama Kumpulan Tempat pelaksanaan IMPAK Pegawai Pengiring
1 PM Sek. Keb. Gong Badak Pn.  Isrina Mohamad Saleh
2 Amino Dinamik Pasar paying Kuala Terengganu Cik Siti Norbakyah Jabar
3 Foxtrot Sek. Men Kompleks Seberang Takir Cik Nuramalina Abdullah
4 TLB Stesen Bas Majlis Bandaraya KT Cik Izyan Nazirah Wahid
5 Formidable Taska Permata Keluarga En. Luqman Abu Bakar
6 Infiniti Sek. Men. Keb. Kompleks Gong Badak Cik Chai Mui Nyuk
7 Eagle eyes Sek .Keb. Tok Jembal Cik Eg. S. Zaharah Eg. Abdullah
8 Legionnaire Tadika Kemas Seberang Takir Pn. Balqis Othman
9 Extranergy Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir En. Nik Aziz Nik Ali
10 Spurhelix Sek. Men. Keb.  Mengabang Telipot En. Ahmad Shairazi Mohamad Nor

 Program Impak berakhir sekitar jam 12.30 hingga 1.00 tengah hari. Selepas tamat aktiviti di lokasi-lokasi tersebut, peserta pulang ke UMT untuk makan tengah hari. Pada jam 2.00 petang, peserta berkumpul di dewan tertutup Scout Inn Resort untuk menyiapkan laporan aktiviti dan membuat pesiapan dalam bentuk video dan juga power point untuk dibentangkan. Pada jam 5.30 petang, peserta dihidangkan minum petang dan seterusnya menyambung tugas masing-masing untuk disiapkan. Pada sebelah malamnya, telah diadakan sesi pembentangan laporan dan aktiviti yang telah dijalankan. Sekali lagi penjurian telah dilakukan oleh empat panel juri iaitu Puan Balqis (UMT), Encik Muizuddin Mukhtar (Itqan), Encik Hairul Zainal Abidin (UM) dan Cik Rabiatul Adawiah (UiTM). Sesi tamat pada jam 1.30 pagi. Setelah program tamat, mesyuarat post-mortem diadakan selama 30 minit dan seterusnya, para urusetia bekerjasama membuat pesediaan tempat untuk majlis penutup yang akan diadakan pada keesokkan harinya.

IMPAK

Program IMPAK

Hari Kelima (5 November 2013)

Hari dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah seterusnya bersarapan pada jam 7.00 pagi. Program kemuncak pada hari terakhir adalah Program Gotong-royong Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Aktiviti ini mendapat bantuan dari pihak NGO Pertubuhan Persahabatan Malaysia (SAHABAT). Tepat jam 7.30 pagi, peserta Karnival dan juga peserta NGO SAHABAT telah berkumpul di Dewan Terbuka Scout Inn Resort untuk aktiviti senaman erobik. Senam erobik pada hari tersebut telah diketuai oleh saudara Mohd Fadhil Idris. Setelah selesai, taklimat gotong-royong telah disampaikan oleh  S. Balqis C. Othman. Peserta kemudiannya dipecahkan kepada tiga kumpulan besar untuk diagihkan ke tiga buah lokasi berlainan untuk manjalankan sesi gotong-royong. Sesi gotong royong diadakan selama 1 jam 30 minit. Program gotong-royong selesai pada jam 10.30 pagi. Seterusnya peserta berkumpul semula di dewan tertutup Scout Inn Resort. Tepat jam 11.00 pagi, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dijalankan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Prof Ir Ahmad Jusoh (Pengetua KSARL), Prof Nik Hashim Nik Mustapha (Pengetua KKSAM) dan juga Paduka Ayahanda Dato’ Ir. Nor Azman Udin (Pengerusi SAHABAT Kuala Terngganu). Hampir seluruh kakitangan Kolej Siswa juga turut menghadiri majlis ini. Pengacara majlis, Cik Siti Norbakyah Jabar telah memulakan majlis dengan menjemput En Ahmad Shairazi untuk membaca doa bagi memberkati majlis. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan pengarah program, Pn. Balqis dan ucapan perasmian penutup oleh Pengetua Kolej Siswa Abdul Rahman Limbong iaitu Prof Ir Ahmad Jusoh. Seterusnya, penyampaian hadiah dan cenderahati diadakan. Setelah selesai, Paduka Ayahanda Dato’ Ir Nor Azman dijemput untuk memberi sepatah dua kata kepada peserta berkenaan dengan NGO SAHABAT. Setelah selesai, sesi bergambar diadakan. Sidang media diantara pengarah program, pengetua dan wakil NGO juga telah diadakan di bilik media. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari. Makan tengahari disediakan kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Setelah selesai, peserta mengemas barang masing-masing. Pada jam 2.00 petang, peserta telah menyerahkan kunci kepada Cik Izyan untuk pengurusan daftar keluar dengan pihak pengurusan Scout Inn Resort. Sebelum peserta pulang ke university masing-masing, peserta dibawa melawat ke Noor Arfa Craft Complex. Disana, peserta didedahkan dengan sejarah sutera dan mencanting batik. Peserta juga diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik masing-masing. Hasil canting telah dihadiahkan kepada peserta sebagai tanda cenderahati pihak Noor Arfa Batik. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.

Gotong Royong

Gotong -yong bersama NGO SAHABAT Terengganu

Penutup all

Majlis Penutup Karnival Kolej Siswa Kebangsaan 2013

Aksi Bebas  :)

Jumpa tahun depan… KKSK II 🙂