Archive | March, 2014

Felo Kolej Siswa UMT

31 Mar
Barisan Felo sesi 2013 sehingga  April 2014.

Barisan Felo UMT sesi 2013 sehingga April 2014.

  Assalamualaikum and Salam Sejahtera readers…  

Okay. Saya just want to share few information about Felo Kolej Siswa or also known as FKS. Y? kenapa?..Hmmm… salah satu sebabnya adalah kerana tak lama lagi ada temuduga Felo Kolej Siswa UMT untuk mereka yang berminat… FKS UMT yang ada skarang semuanya dijangka akan menamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat nie cuz nak tumpu pada writing, VIVA dan ada juga yang telah tamat pengajian…

Saya sendiri telah berkhidmat sebagai felo sejak tahun 2008 lagi, dilantik menjadi Ketua Felo pada tahun 2010 dan bakal menamatkan perkhidmatan felo/ Ketua Felo pada April 2014. ..juga telah melalui sesi temuduga sebanyak dua kali. Temuduga pertama pada awal tahun 2008 untuk jawatan felo. Temuduga kedua untuk sambungan kontrak felo yang telah tamat. Untuk makluman, jawatan felo merupakan jawatan bertaraf kontrak. Tempoh kontrak perkhidmatan felo yang dilantik adalah selama 2 tahun. Prosedur penyambungan kontrak felo sering berubah mengikut sistem pengurusan semasa.

Selain pengalaman temuduga, Saya juga berpengalaman sebagai panel penemuduga dan jawatankuasa memilih/melantik felo baru. Pengalaman temuduga yag diperolehi adalah bermula pada tahun 2010 iaitu setelah dilantik sebagai Ketua Felo Kolej Siswa UMT. Since saya pernah menemuduga bakal-bakal felo, saya nak kongsi few information berkenaan dengan Felo Kolej Siswa UMT… So that, anda boleh lah study for the interview nnti… okay…

Kini, Kolej siswa mempunyai 2 buah kolej iaitu Kolej Abdul Rahman Limbong (dulu dikenali sebagai Asrama Kusza/Asrama Tok Jembal) dan Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek (dulu dikenali kolej baru/kolej kediaman Fasa 1). Pertukaran nama ini telah dibuat pada zaman Prof Yahya, ketika beliau menjadi TNC HEPA di UMT suatu ketika dulu. Penamaan kolej beru ini diadakan melalui sebuah pertandingan. Pelbagai nama telah kami terima.. Nama yang terpilih ni merupakan nama yang terbaik iaitu tokoh ulama dan juga pahlawan negeri Terengganu.

Jumlah felo yang ada sekarang adalah seramai 12 orang dimana 5 felo adalah di KKARL dan 7 felo lagi bertugas di KKSAM. Dulunya jawatan ini adalah satu jawatan yang bersifat sukarela tanpa sebarang bayaran saguhati. Bagaimanapun sekarang, walaupun jawatan ini masih bersifat sukarela, telah diwujudkan proses permohonan dan temuduga untuk memastikan pelajar yang tinggal di kolej mendapat perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa. Felo juga diberikan saguhati sebagai penghargaan di atas peranan serta usaha mereka oleh pihak pengurusan UMT. Setiap felo akan diberikan saguhati sebanyak RM150 sebulan dan disediakan penginapan fully furnished (rumah atau bilik). Elaun telefon juga disediakan iaitu maksimum  RM50 sebulan. Pemberian saguhati ini hanya bermula pada penghujung tahun 2010 setelah kelulusan kertas kerja dan terma rujukan yang digubal oleh Ketua felo  dan beberapa felo lain pada ketika itu (2010) dimana Datin Aziah, Pengetua Kolej Dato’Onn, UKM ketika itu dijadikan sebagai mentor untuk membantu kami mewujudkan sistem felo yang lebih teratur dan mantap. Alhamdulillah, setelah wujudnya Term of Reference (TOR) pada masa tu, kehadiran kami di recognize oleh universiti..tapi beban tugas pun agak bertambah la.. Dapat saguhati dah kan… so kena la pikul amanah yang dipertangungjawabkan dengan sebaik mungkin.. Taknak makan duit haram. Enough about this…lets proceed to something yg lbh penting….. okieeeeee…

TEMUDUGA FELO KS UMT…

 

Jika anda telah mengisi borang permohonan untuk menjadi seorang felo kolej siswa UMT, maka, anda kena la buat preparation for temuduga. Temuduga adalah syarat utama sebelum anda layak dilantik sebagai seorang felo Kolej Siswa. Ini amalan yang telah lama dijalankan di UMT, juga dihampir semua IPTA lain.

Sebagai bakal felo, anda perlu tahu peranan asas felo iaitu tanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni Kolej Siswa. Felo hari ini tentunya lebih sibuk berbanding felo dahulu. Bertugas 24/7, mereka mengambil tanggungjawab membantu kolej menguruskan aktiviti pelajar, menjaga keselamatan, mengadakan kaunseling dan rundingan, memastikan peraturan dan disiplin pelajar terkawal. Selain tugas asas ini ini,  felo juga diberikan tanggungjawab hakiki untuk membangunkan kemahiran insaniah pelajar di kolej dan menguruskan Majlis Kolej Siswa (MKS). Selain itu mereka juga harus mengambil tanggungjawab sentiasa menyedarkan pelajar dalam semua aktiviti akan pentingnya softskills dalam kerangka kebolehpasaran selepas graduan. Dalam menjayakan peranan felo menjaga kebajikan, keselamatan dan pembangunan insaniah pelajar di kolej, setiap felo seharusnya mempunyai beberapa kemahiran asas iaitu:

– Berupaya membina karisma untuk mendapatkan rasa hormat pelajar kepada mereka. Tentu sahaja seseorang felo yang bertingkahlaku buruk, nakal, selekeh dan tidak menonjol watak sebagai seorang pemimpin tidak sesuai menjadi seorang felo. Jika sekalipun mereka dilantik, mereka akan melalui satu keadaan yang sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang felo bila tidak dihormati oleh pelajar. Karisma felo juga boleh diperolehi dari sikap mengambil berat, penyayang serta sentiasa ikhlas membimbing pelajar.

–  Bertanggungjawab untuk menjayakan pembangunan pelajar di Kolej Siswa. Untuk menjayakan amanat Dato’ NC kita dalam mewujudkan Kolej Siswa sebagai pusat pembelajaran kedua, felo yang bakal dilantik perlu mempunyai pengalaman, pengetahuan serta kemahiran berorganisasi ketika belajar dahulu di peringkat pra siswazah. Seorang bakal felo yang mempunyai kemahiran berorganisasi, cekap mengatur dan menyelaraskan kerja, memahami prosedur dan peraturan mesyuarat, bijak membantu pelajar menyediakan proposal dan laporan projek serta keupayaan berkomunikasi secara formal akan mempunyai banyak ruang untuk membangunkan pelajar.

–  Seorang felo yang baik juga merupakan mereka yang memahami perubahan masa. Jika dahulu di zaman mereka kebanyakkan projek bersifat dalaman dan kekeluargaan seperti hari keluarga dan lawatan sambil belajar, hari ini teras program pelajar mestilah berimpak tinggi. Misalnya program harus dibentuk secara jelas memberikan impak yang tinggi kepada pembangunan diri, penjenamaan nama baik UMT serta memberikan kesan kepada komuniti. Kini, program kerjaya, khidmat masyarakat, kesukarelewanan, keusahawanan dan kepimpinan semakin mendapat tempat di hati pelajar UMT.

– Felo merupakan sebuah jawatan sukarela. Walaupun felo adalah jawatan sukarela (dengan saguhati disediakan oleh UMT), para felo tertakluk kepada peraturan serta etika kerja yang digariskan oleh UMT kepada semua kakitangannya. Oleh itu menguasai serta memahami peraturan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang felo adalah penting. Soal integriti, profesionalisme serta kecekapan tidak boleh dikesampingkan oleh mana mana felo yang dilantik oleh Kolej Siswa.

– Perubahan masa juga menyebabkan keupayaan mahasiswa berfikir pada hari ini lebih baik dan terbuka. Felo harus bersedia untuk menguruskan kepelbagaian pelajar kerana latarbelakang mereka sekarang semakin rencam. UMT bukan sahaja mempunyai pelajar dari pelbagai kaum, etnik dan agama, tetapi juga mempunyai pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang tinggal di kolej. Memahami budaya dan corak pemikiran pelajar hari ini sangat diperlukan dalam usaha menjadikan urusan felo lebih berkesan.

Jika anda berminta untuk berkhidmat sebagai seorang felo dan sedang menunggu panggilan temuduga Felo, dibawah ini adalah beberapa soalan “HOT” yang sering ditanya oleh panel;

  1. Mengapakah Kolej Siswa perlukan anda sebagai felo? Apakah anda seorang yang boleh dijadikan ‘role model’?  Apa lagi..jual la diri sebaiknya..buat preparation apa yang nak diberitahu.
  2. Apakah keunikan dan kelebihan utama anda yang secara langsung akan menyumbang kepada pembangunan pelajar? Cerita what u r good at untuk dikongsi dengan pelajar..Jika anda menyatakan anda seorang sukakan cabaran dan boleh menyumbang kepada program ‘outdoor” di kolej, buktikanlah apakah pencapaian peribadi anda. Ini akan banyak membantu anda nanti.
  3. Apakah input baru-inovasi-pendekatan yang akan anda cadangkan jika anda dilantik sebagai felo nanti?- Jika anda seorang yang ‘passionate‘  bekerja untuk pembangunan pelajar UMT, pastinya anda akan ada banyak idea dan cadangan membangunkan pelajar UMT.
  4. Jika anda terpilih sebagai Felo Kolej Siswa, portfolio apa yang ingin dijawat dan kenapa?  Sebagai makluman, terdapat 7 portfolio yang  telah     diwujudkan bermula April yang ni iaitu: Pengantarabangsaan, Komunikasi Dan Kepimpinan,  Kemasyarakatan & Kesukarelawan, Keusahawanan, Kebudayaan, Sukan dan akhir sekali Kerohanian. Digalakkan untuk memilih portfolio yang anda rasa anda sangat pakar dan berkebolehan untuk handle.
  5. Soalan terakhir selalunya bersifat analogi…tujuannya adalah untuk menguji kesungguhan anda memegang amanah ini dan juga menguji kestabilan emosi ??? haha…Be prepared… kalau anda ni cepat marah, nak nangis, nak bergaduh, nak masam muka, tinggi suara dan pelbagai reaksi negative lain…Babai je laaaa…
  6. Isu-isu semasa juga sekali sekala diutarakan untuk melihat samaada anda adalah seorang yang cakna dan up to date atau sekadar katak dibawah tempurung… juga untuk memastikan anda bebas pengaruh politik.

Nota tambahan lain yang perlu dibaca adalah mengenai: – Carta Organisasi Kolej Siswa terkini.. Kenali orang-orang penting Kolej Siswa..Mereka mungkin bakal Interviewer anda. – Pembelajaran Kedua.. – Majlis Kolej Siswa

Maklumat-maklumat ni bolej dijumpai di internet..Just Google it… Harap penerangan saya ni sedikit sebanyak dapat membantu anda.. Oleh itu, para bakal felo yang akan menghadiri temuduga…Sila tunjukkan keupayaan anda… Good Luck semua.

 

Felo Kolej Siswa (2013- Apr 2014) Barisan hadapan, Dari Kiri: Luqman Abu Bakar (Setiausaha), S. Balqis C. Othman(Ketua Felo), Nik Aziz N. Ali (Timb Ket. Felo). Barisan belakang, dari kiri: Engku Zaharah E.Abdullah, Nur Amirah Amirruddin, Noramalina Abdullah, Ahmad Shairazi, Isrina M. Saleh, Chai Mui Nyuk, Siti Norbakyah Jabar, Izyan Nazirah Wahid

Felo Kolej Siswa (2013- Apr 2014) Barisan hadapan, Dari Kiri: Luqman Abu Bakar (Setiausaha), Balqis Othman (Ketua Felo), Nik Aziz N. Ali (Timb Ket. Felo,). Barisan belakang, dari kiri: Engku Zaharah E.Abdullah, Nur Amirah Amirruddin, Noramalina Abdullah, Soraya Shafawati M. T, Ahmad Shairazi M. N, Isrina M. Saleh, Chai Mui Nyuk, Siti Norbakyah Jabar, Izyan Nazirah Wahid