Tag Archives: Pengantarabangsaan

qischuque ke Saigon

30 Nov

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah pada tahun 2012, saya diberi kesempatan untuk menjadi felo penasihat bagi Program Kepimpinan Pengantarabangsaan MKK ke Vietnam. Tahun lepas pun saya terpilih sebagai felo penasihat bagi Program Kepimpinan MKK ke Indonesia, tetapi saya tidak dapat turut serta ke sana kerana tarikhnya terlampau hampir dengan tarikh perkawinan saya.. huhuhu. Program tahun lepas, saya berjaya membawa semua felo-felo kolej kediaman pergi ke Indonesia, tetapi untuk tahun ini, hanya 2 orang felo sahaja yang boleh pergi iaitu felo penasihat  (me) and felo IA iaitu Falynee disebabkan kos yang tinggi.

passpot

Program Kepimpinan Pengantarabangsaan Majlis Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu telah diadakan pada 13 hingga 16 November 2012 bertempat di Ho Chi Minh City, Vietnam. Program ini adalah anjuran Felo Kolej Kediaman, Majlis Kolej Kediaman dan Penempatan dan Kemudahan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah disertai oleh Majlis Tertinggi Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan exco-exco MKK yang aktif dalam menganjurkan segala aktiviti-aktiviti di kolej kediaman dengan pemantauan dan bantuan felo-felo kolej kediaman sebagai penasihat mereka sepanjang tahun 2011 dan 2012. Pengetua Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong telah dilantik sebagai Ketua Delegasi bagi program ini manakala Pengurus Asrama Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek telah dilantik sebagai wakil pihak pengurusan PKP.

b hanta

Me and my Mr. Hubby

At KLIA

Posing beramai-ramai sebelum berlepas

Dua buah universiti telah dipilih sebagai destinasi lawatan utama iaitu Universiti Can Tho yang terletak di Can Tho dan Universiti Nong Lam yang terletak di Ho Chi Minh City. Selain itu, delegasi juga telah dibawa melawat ke beberapa buah tempat yang penting di Ho Chi Minh City iaitu War Remnants Museum dan Kilang Lacquerware.

With Mantan YDP MPP 2011/2012

Bersama Sufi, Mantan YDP MPP UMT 2011/2012 at KLIA

Universiti Can Tho dan Universiti Nong Lam telah dipilih sebagai  destinasi lawatan kerana ia merupakan salah sebuah universiti awam yang terbaik di Vietnam. UMT  mempunyai perjanjian kerjasama dengan Universiti Can Tho dalam bidang penyelidikan agroteknologi, akuakutur dan perikanan. Dengan adanya lawatan ke universiti-universiti ini, delegasi juga dapat membuat perbandingan berkenaan dengan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan Vietnam terhadap pelajar di sana berbanding peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelajarnya. Selain itu, delegasi juga didedahkan dengan dasar dan sistem pengurusan pentadbiran di peringkat kolej kediaman di universiti tersebut sebagai rujukan yang boleh dijadikan ikutan dan contoh untuk diaplikasikan di UMT. Justeru itu, lawatan ini dapat memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada delegasi. Berikut merupakan ringkasan lawatan saya bersama MKK sesi 2011/2012 di sekitar Ho Chi Minh City….

Lawatan ke War Remnants Museum

War Remnants Museum

War Remnant Museum

Lawatan ini diadakan pada hari pertama sebagai mengisi masa yang terluang pada hari tersebut. Lawatan ini yang bersifat lawatan sambil belajar diadakan setelah selesai pendaftaran penginapan hotel dan makan tengahari. Peserta dibawa ke muzium tersebut dengan menaiki sebuah bas mini khas yang berhawa dingin. Lawatan ke muzium ini banyak mengajar peserta dalam menghargai keamanan sesebuah negara disamping memahami sejarah dunia yang sebenar.

Muzium ini dibuka pada September 1975 untuk memaparkan jenayah perang AS dan kerajaan boneka (Vietnam Selatan) yang kemudiannya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang AS. Muzium ini terdiri daripada lapan bilik yang dilengkapi dengan peralatan tentera. Di sana tergantung gambar grafik kesan semburan kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus serta kekejaman pembunuhan beramai-ramai di My Lai. Terdapat juga tiga balang janin manusia cacat yang diawet akibat pendedahan kepada dioksin.

Muzium ini mengingatkan kepada rakyat Vietnam dan pengetahuan kepada para pengunjung berkenaan tinggalan perang Vietnam. Peperangan yang telah meragut berjuta nyawa sama ada pihak tentera dan orang awam disamping kerosakan alam sekitar serta menelan kos yang tinggi menjadi peringatan kepada delegasi berkenaan pentingnya memelihara keamanan dan keharmonian. Peperangan ini juga menjadi bukti semangat dan keazaman yang tinggi dalam mempertahankan tanah air berupaya mengalahkan tentera asing (Amerika Syarikat dan sekutunya) yang jauh lebih berkeupayaan dari segi kelengkapan peperangan.

Kereta Kebal US

Kereta Kebal US

Lawatan ke Saigon Central Post Office

Depan Saigon Post

Saigon Central Post Office yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan Vietnam. Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang. Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.

Inside the building

Inside the Saigon Central Post 🙂

Lawatan ke Universiti Can Tho

Universiti Can Tho (UCT) merupakan universiti pertama yang dilawati di Vietnam. Perjalanan ke Universiti Can Tho mengambil masa selama 5  jam perjalanan menggunakan bas dari tempat penginapan. Masa perjalanan sebenarnya boleh disingkatkan malangnya pemandu bas kami membawa bas dengan kelajuan yang sangat perlahan.Peserta bertolak seawal jam 4 pagi dan tiba di Universiti Can Tho tepat jam 9.00 pagi seperti yang telah dijadualkan. Terletak berhampiran dengan Delta Sungai Mekong. Universiti Can Tho ini menempatkan seramai 43 000 pelajar Sarjana Muda serta 2300 pelajar pascasiswazah.

At Can Tho University

Ketibaan delegasi UMT disambut oleh Timbalan Dekan Fakulti Perikanan dan Akuakultur, Prof. Madya Dr. Tran Ngoc Hai. Delegasi UMT di bawa ke sebuah bilik khas untuk sarapan pagi. Setelah selesai sarapan pagi, delegasi UMT dibawa pula bilik persidangan untuk aturcara yg seterusnya. Atucara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Tran Ngoc Hai. Seterusnya, ucapan balas pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Safiih bin Lola selaku ketua delegasi UMT diikuti ucapan daripada Yang Dipertua MKK iaitu saudara Amirul Asyraff Ali’am. Setelah selesai ucapan, sebuah taklimat berkenaan dengan program akademik yang ditawarkan di Universiti Can Tho turut dibentangkan. Seterusnya perbincangan dua hala dimulakan.  Didalam perbincangan tersebut, delegasi-delegasi UMT telah memperolehi banyak maklumat mengenai kehidupan dan cara pembelajaran di UCT. Banyak persoalan dan topic perbincangan telah dibincangkan dan berikut adalah sebahagian daripada topik-topik yang dibincangkan;

a)    Peluang kemasukan pelajar ke universiti;

b)    Proses Kemasukan Pelajar ke asrama;

c)    Pembiayaan pinjaman pelajaran di Vietnam;

d)    Kemudahan penginapan yang disediakan di UCT ;

e)    Aktiviti yang dijalankan di Kolej kediaman UCT dihujung minggu dan lain-lain

Perbincanga

Pebentangan oleh wakil UMT

Setelah selesai perbincangan, kami dibawa keluar untuk menikmati makan tengahari. Selepas makan tengahari, persembahan kebudayaan diadakan oleh delegasi UMT diikuti persembahan dari pelajar-pelajar UCT.  Pelajar-pelajar UCT sangat teruja dan turut menyertai delegasi UMT semasa delegasi membuat persembahan.

Seterusnya, delegasi UMT dibawa melawat ke sekitar kolej kediaman dan juga kampus UCT. Dari hasil lawatan ke sekitar kampus, delegasi kami berasa amat bersyukur dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh UMT kepada pelajarnya.

Disebelah petang pula, perlawanan persahabatan futsal yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat. Lawatan kami di Universiti Can Tho diakhiri dengan majlis pemberian cenderahati kepada pihak UCT.

Lawatan ke Universiti Nong Lam

            Universiti Nong Lam (UNL) merupakan universiti kedua yang dilawati di Vietnam. Universiti ini dahulunya dikenali sebagai University of Agriculture and Forestry. Pihak Universiti Nong Lam memaklumkan bahawa jumlah pelajar yang ada di universiti tersebut bermula tahun 2010 adalah seramai 20, 000 orang serta mempunyai jumlah pekerja seramai 1060 orang di mana 650 orang adalah pensyarah yang bekerja sepenuh masa dan 62% pekerja lagi adalah terdiri daripada kalangan pelajar sarjana di universiti tersebut. Aktiviti penyelidikan yang paling utama di universiti ini adalah Agronomy, Animal Science dan Information Technology in Forestry. Pelajar di Universiti Nong Lam ini menjalani pengajian selama 3 semester. Universiti ini juga mempunyai dua lagi cawangan iaitu di Gia Lai dan di Ninh Thuan.

nong lam

Atucara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang yang disampaikan oleh Dekan Fakulti. Seterusnya, ucapan balas pula telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Muhamad Safiih bin Lola selaku ketua delegasi UMT diikuti ucapan daripada Yang Dipertua MKK. Setelah selesai ucapan, sebuah taklimat berkenaan dengan program akademik yang ditawarkan di Universiti Nong Lam turut dibentangkan. Setelah selesai, perbincangan dua hala dimulakan.  Didalam perbincangan tersebut, delegasi-delegasi UMT telah memperolehi banyak maklumat mengenai kehidupan dan cara pembelajaran di UNL. Berikut adalah diantara sebahagian topik-topik yang dibincangkan;

a)    Peluang kerjaya graduan UNL;

b)    Aktiviti pembangunan pelajar di UNL;

c)    Proses Kemasukan Pelajar ke asrama;

d)    Kemudahan tempat letak kenderaan di kampus dan lain-lain.

Perbincangan 2 hala

Perbincangan dua hala UMT-UNL

Setelah selesai perbincangan, kami dijamu dengan minuman ringan beserta dengan buah buahan segar sambil membuat persembahan kebudayaan. Seperti di UCT, pelajar-pelajar UNL juga sangat teruja dan turut menyertai delegasi UMT semasa delegasi membuat persembahan kebudayaan.

Seterusnya, delegasi UMT dibawa melawat ke sekitar kolej kediaman dan juga kampus UNL. Dari hasil lawatan ke sekitar kampus, delegasi kami berasa amat bersyukur dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh UMT kepada pelajarnya.dari segala aspek pembangunan pelajar mahupun kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Lawatan ke kilang Lacquerware

Kilang Laquerware merupakan sebuah kilang yang menghasilkan produk hiasan dan perabot. Antara produk yang dihasilkan adalah hiasan dinding, pasu, bekas bekas serbaguna, pelapik meja makan, dan lain-lain. Kebanyakan produk disini dijual di kedai-kedai di sekitar Ho Chi Minh City dan di pasar Ben Thanh. Dikilang ini, cara pembuatan seni lekar ditunjukkan kepada para pelancong. Ternyata produk seni kreatif Vietnam yang diperbuat daripada telur dan kulit tiram ini memerlukan kreativiti, kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan. Kebanyakan hasil seni ini dijual dengan harga yang tinggi. Bagaimanapun, barangan kecil seperti pinggan dan kotak kecil boleh dibeli pada harga serendah 200,000 Dong.

kulit kerang

Lacquer yang dibuat daripada kulit tiram

diperbuat dari kulit telur

Lacquer yang diperbuat dari kulit telur

DSC03792

contoh lacquerware yang dah siap

DSC03795

barangan yang dijual di kilang lacqueware

DSC03808

Cantik kan.. 🙂

Lawatan ke Bent Thant Market

Disebelah petang, iaitu setelah selesai makan tengahari, delegasi dibawa ke Ben Thant market. Di sini, delegasi UMT diberi peluang untuk membeli cenderamata dan buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tepat jam 5.00 petang waktu di Vietnam, delegasi seterusnya dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Soon Nhat untuk pulang ke Malaysia. Tepat Jam 9.30 malam, delegasi UMT akhirnya selamat tiba di tanah air dan seterusnya pulang ke UMT dengan menaiki bas universiti pada jam 10.00 malam.

At Bent thant

Satu-satunya gambar saya di Bent Thant market.. Tutup mata plak tu..huhu

Secara keseluruhannya, lawatan kami ke Vietnam telah mengajar kami bersyukur ke atas nikmat yang kami perolehi di Malaysia dari A sampai Z..hehe. Di sana tiada kemudahan pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan mereka. Pelajar-pelajarnya terpaksa bekerja sendiri untuk membiayai pengajian mereka. Yuran pengajian bermula dari peringkat pra sekolah, sehinggalah ke peringkat universiti sangat mahal. Semua kemudahan yang disediakan pula dikenakan bayaran. Sebagai contoh, jika kami pelajar di UMT mahupun pelajar universiti lain di Malaysia, bebas meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan secara percuma di dalam kawasan universiti tetapi tidak di Viet Nam. Pelajar-pelajarnya perlu membayar parkir motosikal setiap kali keluar masuk ke kawasan parking walaupun di dalam kawasan universiti setiap hari. Bangunan di sana kebanyakkannya kurus-kurus dan tinggi. Ini adalah kerana harga tanah yang sangat mahal. Oleh itu, mereka hanya mampu membeli tanah yang sempit sahaja. Mereka juga perlu mengumpul duit sendiri jika hendak membina rumah mahupun membeli sebuah motor dan kereta. Menurut jurupandu kami, interest pinjaman bank yang dikenakan oleh pihak bank tersangat tinggi. Itu lah sebabnya kita dapat lihat banyak motosikal diatas jalan raya di sana.

moto

motosikal menguasai jalan raya.hehe

coffee

Cara membancuh dan minum kopi vietnam

ricepaper

Makanan vietnam. Rupanya seperti popia tetapi bukan popia. Ia diperbuat daripada ricepaper. Makanan yang boleh dijumpai “Only in VietNam”.

mkn wif cik ja

Makan seafood

makan

Makan di Vietnam  tiada masalah. Banyak restoran halal disana cuma harganya agak mahal.

ramai2

Sebelum berangkat ke Airport

in plane

Meninggalkan bumi VietNam

DSC04226

Home Sweet Home. I Love Malaysia 🙂