Tag Archives: UMT

FKS lagi….. :)

3 Sep

Assalamualaikum…

Tiba2…suatu hari di pagi yang mulia ni, saya telah membuka blog yang tak berhabuk ini setelah sekian lama ditinggalkan.. Where have I been ??? hehe…. Ada je di bumi ni…hehe…focus tulis thesis (ye laaa tuu…thesis 50% + other stuff 50%)… Alhamdulillah siap dah thesisnya..another two weeks..preViVa plak..huhu…..nervous okay!!

1503292_543934739035303_517171458_n

Student postgrad biasa……

Seronoknyaaaaa jadi seorang student biasa..Boleh focus 100% on research, studies and life..hehe…Kadang-kadang, datang perasaan rindu nak bergiat aktif organizing activities for students. Rindu serindu rindunyaaa…….. Walaupun dah tak jadi Felo, sekali sekala saya masih lagi dicari student.. I still melayan aduan, karenah, soalan dan masalah mereka. Apa-apa activity Kolej Siswa pun masih dijemput untuk hadir..hehe..Tq so much sebab selalu ingat Kak Qis… Maybe lepas buka sem baru (September) nie, takda dah kot bunyi deringan telefon, gangguan tido malam, dan macam2 lagi..cuz student yang I jaga da masuk 2nd year..Student baru kita serahkan mereka kepada felo baru IM plak..hehehe I miss you Kolej Siswa… Rindu bekerja dengan anda…

penghargaan……

farewell Recently Updated

Just a simple farewell wish from me….

Tiba….tiba….. ada plak farewell party for me…

bye

Siap masak-masak and hadiah bagai…tq so so much… 🙂 Luqman and Ahmad pun da tak jadi felo…focus on thesis writing juga. So the majlis is for me, Ahmad and Luqman. Ahmad takda during majlis.

Majlis Perpisahan

 Masa dah bersara jadi felo, masih lg join few activities organized by MKS/FKS/KS such as Karnival Kerjaya, Program IMPAK, Majlis Berbuka Puasa, Kursus baking/ pastry dll…

Kursus Pastry anjuran MKS

Kursus Pastry anjuran MKS

Elok sangat join program ni…Masa tu befday hubby dah dekat..ingat nak bake homemade cake guna ilmu yg baru dipelajari ni kannn…tp xsempat..I have more special gift than this to him..hehe…In this workshop, .. we learn how to bake cake, buat roti hotdog, banana muffin and egg tart. Semuanya ada rahsia tersendiri untuk menjadikan ianya sedap….Harini..bila diimbas kembali resepinyaaa…ingat2 lupa…hehe..takpa..black n whtie masih ada (resepi dlm kertas)..rujuk dan ikut je..hehe. nasib baik segala rahsia masih ingat dlm kepala..hehe

Masuk bulan June…

Program IMPAK 2014 dilangsungkan. I was invited for Majlis Penutup. Nasib baik kebetulan ada di Terengganu..

IMPAK me

The photo was taken during Majlis penutup IMPAK..IMPAK kali ni diberi suntikan yang berbeza dari apa yg telah dijalankan sebelumnya. IMPAK 2014 focus more on charity for the orphanage. Alhamdulillah..tak sampai 12 jam, they manage to kutip almost RM15,000.00. Tahniah to all peserta and Pengarah Program, Cik Chai Mui Nyuk.

Ramadhan….

Majlis buka puasa

Aktiviti last Kolej Siswa yang terakhir saya join… Majlis Berbuka Puasa Kolej Siswa..Tq En. Nikaz diatas jemputan..Dapat duduk semeja dengan bekas Pengetua and Pengarah PKP lagi…Dr. Wan Izatul and her daughter Hurin.. Kali ni NC sangat puas hati with the Majlis..Well done MKS 🙂

Semester 1/2014….

Semester baru telah pun bermula…to the freshman…Welcome to UMT..Selamat memulakan perjuangan anda..moga semuanaya berjaya menggenggam segulung ijazah dalam masa 3-4 tahun akan datang..InsyaAllah..Student yang baru ni dah tak kenal saya…cuz I’m not involved with the orientation and no more ucapan Selamat Datang from me anymore…Maybe after this, I can see the true color of the students..Jeng jeng jeng…

qischuque loves December

31 Dec

December is my month..my favorite month…cuz  I wuz born this month..December is the last month of every year…the month where people will summarized what have they done or contribute trough out the year..the month that the Christian celebrate Christmas…the month where winter solstice happened and many more…I was born on Monday 5th Dec 1983 in the afternoon at 12.33pm…in the city of  Kuala Lumpur.. My mom said  the clinic that she gave birth to me is near SOGO..hehe.. these are a few old photos of me when i was a baby n kid.

File0008.BMP

Cukur …My Papa holding me 🙂 Look at my papa punya rambut then tengok gambar bawah..

3thn

si kerinting..hehe

File0006.BMP

I got Papa’s hair..hehe.. Nasib baik makin besar makin ok je rambut..wavey je 🙂

me 4 yrs

me 4 years old 🙂

cepatkan masa berlalu..

2012

So…this year (2012) is my last year of  the 20th.hoho.i’m in my very very late 20th da nie.. Syukur Alhamdulillah that I’m still here on earth healthy and happy.. This is my second birthday with my hubby tiger.. like last year..again..i’m celebrating it here in Terengganu..in my very own room at Siswa College of Abdul Rahman Limbong. Ehh… tunggu jap… i have one more year la to be in my 20th..hehehe

28th

my 28th birthday (2011)

Surprise Birthdays

This year was  my third birthday that was celebrated in surprises mode.. haha… my surprise birthday started  when I start living in hostel. Ye laa.. kalau kat rumah susah nak surprise kan…huhu..staying far away with family  has bring lots of experience and adventure in my life..also make me  feel like an adult. hehe now I am an adult..hehe..jiwa muda sungguh..rasa cam teenage lagiii…hehehe

 The first  surprise birthday that I had was when I turn 18..i was in Labuan..at KML.. ..i was showered wift beautiful gift from my schoolmate that doing matriks in Labuan with me..i really had a great time..I miss them very much.. Nur, Karen , Anie and Aggy..We are the only 5 Francisscan yang tersesat di Labuan..hehehe..

2nd one was in 2010…it was my 27th birthday…memang terkena habis… The masterplan was my bestfriend Rose.. pandai betul dia..she was trying to cheering me up that day..i was having a bad day masa tu..and mention many time to myself that I will not goin out anywhere today…nope…sbenarnya majuk dengan someone masa tu cuz tak dapat spend time with me on my special day..hehe..hehe..gedik and mengada-ngada sungguh..hehe..but it end up with me smiling the whole night.…all bad feeling flew away like a dust…hehehe.. Thanks to Rose, Jabar, Ain and Maliki for making it happened.. fariha was with me too on that day..

DSC00524

Me, Fariha and Ain

DSC00457

My 27th Birthday 🙂

DSC00516

Thanks for the surprise party 🙂 (2010)

3rd one was on my 29th birthday….sangat surprise…tak sangka hubby ku berpura-pura dengan ku bersubahat dengat Ayah Ku and my friends…dah la tengah hot n moody juga masa tu…cuz have to amik samples kat lab and buat kerja..sedangkan  hubby ada kat bilik.. and I can’t spent time with him sbb kbzian yang melanda..on that very bz moment, I ask my hubby to help me in the lab.. punya laaa.lama tunggu tiger B nie..huhu..sampai sume kerja da siap, baru la B sampai…huhu..Kalau semua da siap..apa lagi.. pegi makan je la jawabnya..lagipun da tengahari.pukul satu.. Masa dalam kereta my hubby said ayahku ajak lunch kat kdai longkang.. then I said…owh..lama da tak pegi sana…da la panas terik ni..huhu..feel like so malas nak mkn..Then hubby said kena amik Isrina dulu kat hostel..then I was like..”okay..mesti ina ada urusan kat pejabat asrama”…bila sampai asrama .. I saw camry.. then I was like”eh..kereta ayahku.. mesti sebab B lambat sampai ayahku datang and nak amik Ina..Then I start bebel about time management..hehe..kbetulan my hubby lambat sampai lab to help me finish my work..hehe..Kesian hubby ku..hehe…no wonder dia senyum2 je masa tu..eeeee.. >_<…

Then B cakap…gi la tengok Ina kat bilik..Then I said..”ok B..u wait here”.. than I saw Isrina jalan from right wing to the lft wing of the hostel.. I call her and she was just smiling selebar lebarnya… Dalam hatiku berkata…nampak happy ina harini..hehe..Then I jalan slow2 towards Ina’s room bila hampir sampai.. I saw fariha with Canon EOS Kiss hanging around her neck..Fariha plak macam terkejut Nampak me…but I still tak rasa apa2 until I push the door..haha..there was a birthday cake on the coffee table…there was lots of food and drinks too… Then I was like..” OOOOOOOOOo…..kedai longkang konon..hahaha”..wakena beb…B pun datang dengan Ayahku…masa tu my perasaan bercapur baur happy, marah, malu, suka, nak nangis sume ada.. Apa lagi…all my love one sang me birthday songs..after the song ends..i make a wish and blew the candle and theI cut the cake into a few pieces… all my friends bz took my picture bagaikan paparazzi..hehehe.. Anywayz… Thanks you guys… wat a great surprise birthday party.. Hugs and kisses..

Edit 3 Edit 1 Edit 2

My 29th birthday–5th Dec 2012

below plak my 25th and 26th Birthday 🙂 wow..dah jadi page gambar birthday sepanjang menjadi seorang postgraduate plak..hehe

DSC08968

My 25th birthday.. Sambut skali dengan Rose punya farewell party..she had to attend KPLI course at Besut.. I cried almost a week seeing she leaving me all alone here in UMT..huhu

DSC08990

yummy 🙂 (2008)

DSC09007

dari kiri; Dr. Juriffah, Roslidawati, Pok Mad and my sis fizah comel 🙂

DSC09026

Sedih cuz Rose nak tinggalkan saya.. 😥

Below plak birthday masa 2009.. Celebrate skali dengan Ain.. Ain punya birthday falls on the 13th December.. YES..we share the same zodiac.. 🙂

DSC06719

My 26th birthday 🙂 (2009)

Haa..tu dia… 25th, 26th,27th,28th and 29th Birthday…One more year to go before i hit 30..

From Rose

Wishes from Rose 🙂

besday kak qis

Wishes from Fariha

Lastly…. I would like to wish Happy New Year 2013!!!

qischuque ke Saigon

30 Nov

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah pada tahun 2012, saya diberi kesempatan untuk menjadi felo penasihat bagi Program Kepimpinan Pengantarabangsaan MKK ke Vietnam. Tahun lepas pun saya terpilih sebagai felo penasihat bagi Program Kepimpinan MKK ke Indonesia, tetapi saya tidak dapat turut serta ke sana kerana tarikhnya terlampau hampir dengan tarikh perkawinan saya.. huhuhu. Program tahun lepas, saya berjaya membawa semua felo-felo kolej kediaman pergi ke Indonesia, tetapi untuk tahun ini, hanya 2 orang felo sahaja yang boleh pergi iaitu felo penasihat  (me) and felo IA iaitu Falynee disebabkan kos yang tinggi.

passpot

Program Kepimpinan Pengantarabangsaan Majlis Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu telah diadakan pada 13 hingga 16 November 2012 bertempat di Ho Chi Minh City, Vietnam. Program ini adalah anjuran Felo Kolej Kediaman, Majlis Kolej Kediaman dan Penempatan dan Kemudahan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah disertai oleh Majlis Tertinggi Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan exco-exco MKK yang aktif dalam menganjurkan segala aktiviti-aktiviti di kolej kediaman dengan pemantauan dan bantuan felo-felo kolej kediaman sebagai penasihat mereka sepanjang tahun 2011 dan 2012. Pengetua Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong telah dilantik sebagai Ketua Delegasi bagi program ini manakala Pengurus Asrama Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek telah dilantik sebagai wakil pihak pengurusan PKP.

b hanta

Me and my Mr. Hubby

At KLIA

Posing beramai-ramai sebelum berlepas

Dua buah universiti telah dipilih sebagai destinasi lawatan utama iaitu Universiti Can Tho yang terletak di Can Tho dan Universiti Nong Lam yang terletak di Ho Chi Minh City. Selain itu, delegasi juga telah dibawa melawat ke beberapa buah tempat yang penting di Ho Chi Minh City iaitu War Remnants Museum dan Kilang Lacquerware.

With Mantan YDP MPP 2011/2012

Bersama Sufi, Mantan YDP MPP UMT 2011/2012 at KLIA

Universiti Can Tho dan Universiti Nong Lam telah dipilih sebagai  destinasi lawatan kerana ia merupakan salah sebuah universiti awam yang terbaik di Vietnam. UMT  mempunyai perjanjian kerjasama dengan Universiti Can Tho dalam bidang penyelidikan agroteknologi, akuakutur dan perikanan. Dengan adanya lawatan ke universiti-universiti ini, delegasi juga dapat membuat perbandingan berkenaan dengan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan Vietnam terhadap pelajar di sana berbanding peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelajarnya. Selain itu, delegasi juga didedahkan dengan dasar dan sistem pengurusan pentadbiran di peringkat kolej kediaman di universiti tersebut sebagai rujukan yang boleh dijadikan ikutan dan contoh untuk diaplikasikan di UMT. Justeru itu, lawatan ini dapat memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada delegasi. Berikut merupakan ringkasan lawatan saya bersama MKK sesi 2011/2012 di sekitar Ho Chi Minh City….

Lawatan ke War Remnants Museum

War Remnants Museum

War Remnant Museum

Lawatan ini diadakan pada hari pertama sebagai mengisi masa yang terluang pada hari tersebut. Lawatan ini yang bersifat lawatan sambil belajar diadakan setelah selesai pendaftaran penginapan hotel dan makan tengahari. Peserta dibawa ke muzium tersebut dengan menaiki sebuah bas mini khas yang berhawa dingin. Lawatan ke muzium ini banyak mengajar peserta dalam menghargai keamanan sesebuah negara disamping memahami sejarah dunia yang sebenar.

Muzium ini dibuka pada September 1975 untuk memaparkan jenayah perang AS dan kerajaan boneka (Vietnam Selatan) yang kemudiannya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang AS. Muzium ini terdiri daripada lapan bilik yang dilengkapi dengan peralatan tentera. Di sana tergantung gambar grafik kesan semburan kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus serta kekejaman pembunuhan beramai-ramai di My Lai. Terdapat juga tiga balang janin manusia cacat yang diawet akibat pendedahan kepada dioksin.

Muzium ini mengingatkan kepada rakyat Vietnam dan pengetahuan kepada para pengunjung berkenaan tinggalan perang Vietnam. Peperangan yang telah meragut berjuta nyawa sama ada pihak tentera dan orang awam disamping kerosakan alam sekitar serta menelan kos yang tinggi menjadi peringatan kepada delegasi berkenaan pentingnya memelihara keamanan dan keharmonian. Peperangan ini juga menjadi bukti semangat dan keazaman yang tinggi dalam mempertahankan tanah air berupaya mengalahkan tentera asing (Amerika Syarikat dan sekutunya) yang jauh lebih berkeupayaan dari segi kelengkapan peperangan.

Kereta Kebal US

Kereta Kebal US

Lawatan ke Saigon Central Post Office

Depan Saigon Post

Saigon Central Post Office yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan Vietnam. Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang. Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.

Inside the building

Inside the Saigon Central Post 🙂

Lawatan ke Universiti Can Tho

Universiti Can Tho (UCT) merupakan universiti pertama yang dilawati di Vietnam. Perjalanan ke Universiti Can Tho mengambil masa selama 5  jam perjalanan menggunakan bas dari tempat penginapan. Masa perjalanan sebenarnya boleh disingkatkan malangnya pemandu bas kami membawa bas dengan kelajuan yang sangat perlahan.Peserta bertolak seawal jam 4 pagi dan tiba di Universiti Can Tho tepat jam 9.00 pagi seperti yang telah dijadualkan. Terletak berhampiran dengan Delta Sungai Mekong. Universiti Can Tho ini menempatkan seramai 43 000 pelajar Sarjana Muda serta 2300 pelajar pascasiswazah.

At Can Tho University

Ketibaan delegasi UMT disambut oleh Timbalan Dekan Fakulti Perikanan dan Akuakultur, Prof. Madya Dr. Tran Ngoc Hai. Delegasi UMT di bawa ke sebuah bilik khas untuk sarapan pagi. Setelah selesai sarapan pagi, delegasi UMT dibawa pula bilik persidangan untuk aturcara yg seterusnya. Atucara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Tran Ngoc Hai. Seterusnya, ucapan balas pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Safiih bin Lola selaku ketua delegasi UMT diikuti ucapan daripada Yang Dipertua MKK iaitu saudara Amirul Asyraff Ali’am. Setelah selesai ucapan, sebuah taklimat berkenaan dengan program akademik yang ditawarkan di Universiti Can Tho turut dibentangkan. Seterusnya perbincangan dua hala dimulakan.  Didalam perbincangan tersebut, delegasi-delegasi UMT telah memperolehi banyak maklumat mengenai kehidupan dan cara pembelajaran di UCT. Banyak persoalan dan topic perbincangan telah dibincangkan dan berikut adalah sebahagian daripada topik-topik yang dibincangkan;

a)    Peluang kemasukan pelajar ke universiti;

b)    Proses Kemasukan Pelajar ke asrama;

c)    Pembiayaan pinjaman pelajaran di Vietnam;

d)    Kemudahan penginapan yang disediakan di UCT ;

e)    Aktiviti yang dijalankan di Kolej kediaman UCT dihujung minggu dan lain-lain

Perbincanga

Pebentangan oleh wakil UMT

Setelah selesai perbincangan, kami dibawa keluar untuk menikmati makan tengahari. Selepas makan tengahari, persembahan kebudayaan diadakan oleh delegasi UMT diikuti persembahan dari pelajar-pelajar UCT.  Pelajar-pelajar UCT sangat teruja dan turut menyertai delegasi UMT semasa delegasi membuat persembahan.

Seterusnya, delegasi UMT dibawa melawat ke sekitar kolej kediaman dan juga kampus UCT. Dari hasil lawatan ke sekitar kampus, delegasi kami berasa amat bersyukur dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh UMT kepada pelajarnya.

Disebelah petang pula, perlawanan persahabatan futsal yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat. Lawatan kami di Universiti Can Tho diakhiri dengan majlis pemberian cenderahati kepada pihak UCT.

Lawatan ke Universiti Nong Lam

            Universiti Nong Lam (UNL) merupakan universiti kedua yang dilawati di Vietnam. Universiti ini dahulunya dikenali sebagai University of Agriculture and Forestry. Pihak Universiti Nong Lam memaklumkan bahawa jumlah pelajar yang ada di universiti tersebut bermula tahun 2010 adalah seramai 20, 000 orang serta mempunyai jumlah pekerja seramai 1060 orang di mana 650 orang adalah pensyarah yang bekerja sepenuh masa dan 62% pekerja lagi adalah terdiri daripada kalangan pelajar sarjana di universiti tersebut. Aktiviti penyelidikan yang paling utama di universiti ini adalah Agronomy, Animal Science dan Information Technology in Forestry. Pelajar di Universiti Nong Lam ini menjalani pengajian selama 3 semester. Universiti ini juga mempunyai dua lagi cawangan iaitu di Gia Lai dan di Ninh Thuan.

nong lam

Atucara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang yang disampaikan oleh Dekan Fakulti. Seterusnya, ucapan balas pula telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Muhamad Safiih bin Lola selaku ketua delegasi UMT diikuti ucapan daripada Yang Dipertua MKK. Setelah selesai ucapan, sebuah taklimat berkenaan dengan program akademik yang ditawarkan di Universiti Nong Lam turut dibentangkan. Setelah selesai, perbincangan dua hala dimulakan.  Didalam perbincangan tersebut, delegasi-delegasi UMT telah memperolehi banyak maklumat mengenai kehidupan dan cara pembelajaran di UNL. Berikut adalah diantara sebahagian topik-topik yang dibincangkan;

a)    Peluang kerjaya graduan UNL;

b)    Aktiviti pembangunan pelajar di UNL;

c)    Proses Kemasukan Pelajar ke asrama;

d)    Kemudahan tempat letak kenderaan di kampus dan lain-lain.

Perbincangan 2 hala

Perbincangan dua hala UMT-UNL

Setelah selesai perbincangan, kami dijamu dengan minuman ringan beserta dengan buah buahan segar sambil membuat persembahan kebudayaan. Seperti di UCT, pelajar-pelajar UNL juga sangat teruja dan turut menyertai delegasi UMT semasa delegasi membuat persembahan kebudayaan.

Seterusnya, delegasi UMT dibawa melawat ke sekitar kolej kediaman dan juga kampus UNL. Dari hasil lawatan ke sekitar kampus, delegasi kami berasa amat bersyukur dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh UMT kepada pelajarnya.dari segala aspek pembangunan pelajar mahupun kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Lawatan ke kilang Lacquerware

Kilang Laquerware merupakan sebuah kilang yang menghasilkan produk hiasan dan perabot. Antara produk yang dihasilkan adalah hiasan dinding, pasu, bekas bekas serbaguna, pelapik meja makan, dan lain-lain. Kebanyakan produk disini dijual di kedai-kedai di sekitar Ho Chi Minh City dan di pasar Ben Thanh. Dikilang ini, cara pembuatan seni lekar ditunjukkan kepada para pelancong. Ternyata produk seni kreatif Vietnam yang diperbuat daripada telur dan kulit tiram ini memerlukan kreativiti, kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan. Kebanyakan hasil seni ini dijual dengan harga yang tinggi. Bagaimanapun, barangan kecil seperti pinggan dan kotak kecil boleh dibeli pada harga serendah 200,000 Dong.

kulit kerang

Lacquer yang dibuat daripada kulit tiram

diperbuat dari kulit telur

Lacquer yang diperbuat dari kulit telur

DSC03792

contoh lacquerware yang dah siap

DSC03795

barangan yang dijual di kilang lacqueware

DSC03808

Cantik kan.. 🙂

Lawatan ke Bent Thant Market

Disebelah petang, iaitu setelah selesai makan tengahari, delegasi dibawa ke Ben Thant market. Di sini, delegasi UMT diberi peluang untuk membeli cenderamata dan buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tepat jam 5.00 petang waktu di Vietnam, delegasi seterusnya dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Soon Nhat untuk pulang ke Malaysia. Tepat Jam 9.30 malam, delegasi UMT akhirnya selamat tiba di tanah air dan seterusnya pulang ke UMT dengan menaiki bas universiti pada jam 10.00 malam.

At Bent thant

Satu-satunya gambar saya di Bent Thant market.. Tutup mata plak tu..huhu

Secara keseluruhannya, lawatan kami ke Vietnam telah mengajar kami bersyukur ke atas nikmat yang kami perolehi di Malaysia dari A sampai Z..hehe. Di sana tiada kemudahan pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan mereka. Pelajar-pelajarnya terpaksa bekerja sendiri untuk membiayai pengajian mereka. Yuran pengajian bermula dari peringkat pra sekolah, sehinggalah ke peringkat universiti sangat mahal. Semua kemudahan yang disediakan pula dikenakan bayaran. Sebagai contoh, jika kami pelajar di UMT mahupun pelajar universiti lain di Malaysia, bebas meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan secara percuma di dalam kawasan universiti tetapi tidak di Viet Nam. Pelajar-pelajarnya perlu membayar parkir motosikal setiap kali keluar masuk ke kawasan parking walaupun di dalam kawasan universiti setiap hari. Bangunan di sana kebanyakkannya kurus-kurus dan tinggi. Ini adalah kerana harga tanah yang sangat mahal. Oleh itu, mereka hanya mampu membeli tanah yang sempit sahaja. Mereka juga perlu mengumpul duit sendiri jika hendak membina rumah mahupun membeli sebuah motor dan kereta. Menurut jurupandu kami, interest pinjaman bank yang dikenakan oleh pihak bank tersangat tinggi. Itu lah sebabnya kita dapat lihat banyak motosikal diatas jalan raya di sana.

moto

motosikal menguasai jalan raya.hehe

coffee

Cara membancuh dan minum kopi vietnam

ricepaper

Makanan vietnam. Rupanya seperti popia tetapi bukan popia. Ia diperbuat daripada ricepaper. Makanan yang boleh dijumpai “Only in VietNam”.

mkn wif cik ja

Makan seafood

makan

Makan di Vietnam  tiada masalah. Banyak restoran halal disana cuma harganya agak mahal.

ramai2

Sebelum berangkat ke Airport

in plane

Meninggalkan bumi VietNam

DSC04226

Home Sweet Home. I Love Malaysia 🙂